The Dentist Of Jaipur : Doktor Gigi Tepi Jalan - Terowong Informasi

Breaking News

The Dentist Of Jaipur : Doktor Gigi Tepi Jalan


Bila sebut doktor gigi, pasti ada yang takut. Mana tidaknya, bila cabut gigi, pasti sakit yang amat akan diterima. Doktor gigi biasa kita akan jumpa di klinik gigi tetapi lain pula di India ini, kita jumpa beliau di tepi jalan sahaja. Tepi jalan? Serius?

Ya memang serius yang Bro Nasa katakan ini. Anda boleh jumpa doktor gigi ini di tepi jalan sahaja. Hanya di Jaipur, India. Walaupun servis doktor gigi ini di tepi jalan, ramai juga datang untuk mendapat perkhidmatannya. Ia sangat murah berbanding di klinik gigi lain iaitu sekitar 80 Rupee sahaja (RM4.50).

Murahkan servis yang diberikan. Walaupun ia murah, tempatnya tidaklah beberapa selesa sangat. Baiklah, Bro Nasa ada sediakan dokumentari mengenai doktor gigi di tepi jalan ini atau digelar The Dentist Of Jaipur, mari kita saksikan : Fuh, berpeluh anda menontonnya? Bro Nasa macam nak pitam bila melihat doktor gigi tersebut cabut gigi pesakit tersebut. Mana tidaknya, hanya bius sedikit, ambil playar dan tarik kuat-kuat. Fuh..Bro Nasa tak pernah kena cabut gigi lagi. Naik seram dibuatnya. Bila anda melihat lokasi terbabit, doktor ini tidak mengutamakan kebersihan. Bersih atau tidak, janji murah yang dipentingkan oleh rakyat India. Mereka semuanya bukan mampu pun. Betul tak?

No comments