Ciri-Ciri Orang Bersifat Sombong - Terowong Informasi

Breaking News

Ciri-Ciri Orang Bersifat Sombong

Sepanjang kita hidup di dunia ini, sudah pastinya kita akan menjumpai pelbagai karenah manusia. Ada yang bersifat baik dan ada bersifat jahat. yang baik, kita senang dengan mereka tetapi yang jahat ini pasti kita jauhi mereka ini. Tapi, bagaimana pula dengan manusia bersifat sombong ini? Mari kita lihat ciri-ciri sifat sombong di bawah ini :

  1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.
  2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya.
  3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.
  4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.
  5. Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali.
  6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
  7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.
  8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.
  9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja. 
Pernah anda jumpa orang yang bersifat seperti di atas ini? Pastinya anda pernah menjumpainya. Sebenarnya, sifat sombong ini tidak perlu ada di dalam naluri setiap manusia.


Buat apa kita sombong kepada umat manusia lain. Jika kita tiada langsung sifat sombong di dalam diri, pastinya ramai akan mendekati anda malah ada yang akan membantu anda didalam kesusahan. Betul tidak? Jika anda mempunyai sifat dan ciri-ciri orang sombong ini, buanglah sifat tersebut.

1 comment

ikaa said...

org yg sombong slalu rugi