Persatuan Bola Sepak Malaysia Pantang Dikritik - Terowong Informasi

Breaking News

Persatuan Bola Sepak Malaysia Pantang Dikritik

Sejak kebangkitan liga Malaysia tahun ini yang dahulunya suram, mula kedengaran individu-individu penting yang digantung dalam apa jua sukan yang melibatkan bola sepak. Tempoh pergantungan tersebut selalunya 2 tahun setengah. Nampak tidak lama tetapi sebenarnya ia memberi impak besar dalam kemajuan bola sepak.
Individu terbabit merupakan orang penting dalam pasukan negeri mahupun kelab. Tanpa mereka ini, pasti bola sepak Malaysia tiada kemajuan seperti sekarang.



Individu yang dimaksudkan adalah Tan Sri Annuar Musa (Kelantan), Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis) dan terbaru adalah Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Darul Takzim FC) (mungkin digantung). Ketiga-tiga individu ini memang penting dalam pembangunan bola sepak Malaysia. Kesalahan yang mereka lakukan cuma menegur cara pelaksaan pengurusan FAM dan cara pengadil perlawanan yang kadang kala tidak profesional. Ketiga-tiga individu ini menegur dan mengkritik bukan mahu menjatuhkan Persatuan Bola Sepak Malaysia tetapi mereka mahu Liga Malaysia di tahap Profesional dan lebih sistemmatik. 

Pada pendapat Bro Nasa, tidak salah mengkritik untuk membangunkan bola sepak. Mana-mana pengurusan atau badan bola sepak di dunia pasti mahu pasukan negara dan liga mereka dikenali seperti Liga Barclays Premier League dan La Liga. Takkan sentuh skit dah melenting bukan? Tidak profesional lah jika bersikap seperti itu. Tanyalah peminat bola sepak Malaysia, pasti ada nada kecewa yang dikeluarkan oleh mereka.