The Harlem Shake : Trend Terbaru Selepas Gangnam Style
Terdapat satu trend terbaru di laman Youtube iaitu trend The Harlem Shake. Sebelum ini, populariti Gangnam Style memang tidak boleh disangkal lagi. The Harlem Shake pula muncul pada tahun 2013 ini. The Harlem Shake ini sama sahaja seperti Gangnam Style tetapi lain sedikit.
Sejarah The Harlem Shake ini bermula di Australia dimana terdapat remaja di sana menari seperti orang kena sawan diikuti alunan muzik. Cuba anda lihat video di atas ini untuk anda faham. Gaya mereka seperti orang hilang pedoman pula. The Harlem Shake ini telah mula merebak di seluruh dunia dan tak terkecuali di Malaysia. Bro Nasa memang pernah terpandang video ini tetapi tidak terfikir melihatnya. Bila lihat, hanya geleng kepala ketika menontonnya.
Di laman Youtube, sudah banyak parody The Harlem Shake seperti parody Gangnam Style dahulu. Cuma, video ini hanya dimainkan lingkungan 30-40 saat sahaja. Majoriti penggemar tarian ini adalah anak muda remaja. Bro Nasa yakin, dalam masa dua bulan akan datang, pasti lambakkan video parody The Harlem Shake dari Malaysia. Tak percaya, anda tunggu. Janganlah anak muda islam tergila-gilakan benda tak berfaedah ini.
No comments
Post a Comment