Kenapa Kucing Makan Rumput
Kenapa kucing makan rumput? Pasti anda tertanya-tanya sendiri mengapa kucing berkelakuan begitu. Untuk pengetahuan anda, kucing makan rumput ini bersebab sebenarnya. Kucing merupakan haiwan yang cukup pembersih. Cuba anda lihat setiap masa kucing anda, pasti dalam beberapa minit dia akan menjilat bulu bagi memastikan beliau bersih.
Semasa kucing menjilat-jilat bulu mereka, bulu-bulu tersebut akan tersekat di lelangit dan permukaan lidah
kucing tersebut. Lama-kelamaan bulu-bulu tersebut menjadi gumpalan yang dikenali 'hairball'. Cara untuk mereka mengeluarkan bulu tersebut, mereka terpaksa memuntahkannya semula dengan cara memakan rumput. Jika kucing anda hanya duduk di rumah sahaja, apa sahaja yang mereka boleh telan, mereka cuba telan.
Kucing Bro Nasa sendiri pernah menelan tali kasut dan terbaru getah pengikat tanpa dijangka. jadi penyelesaiannya, anda perlu menanam rumput di dalam pasu bagi kucing anda menggunakannya. bro Nasa ada terjumpa satu produk khas untuk kucing iaitu Catit Cat Grass Garden Kit. Alat ini menyerupai rumput sebenar dan membolehkan kucing anda menggunakannya. harganya cuma RM34.90 sahaja. Lihat sahaja demo seperti di bawah, anda akan faham nanti.
8 comments
nak tanya skit, saya ada beberapa ekor kucing, soalannya, kenapa selepas kucing dewasa memuntahkn bulunya selepas itu ada anak kucing sekor ni pegi makan pulak bulu tu.... adakah ini kebiasaan atau memang perangai anak kucing tu pelik.....
itu namanya pelik..kucing memang akan muntahkan apa yang mereka makan dan sebab itulah rumput diperlukan untuk memudahkan mereka..kalau tak..nnt baju anda mereka gigit
Tapi yang saya perasan lah, selain bulu yg terkandung dlm muntah kucing saya, terdapat juga rambut manusia atau Kadang - kala kulit siput kecil. Entah ape yg kucing saya makan selain makanan kucing..?
kucing dia makan apa saja yang di depan mereka. Kalau tekak diorang boleh terima..dia makan..Kita sebagai manusia mmg susah nak jangka kucing ini macam mana dia punya tabiat
wahai pemilik blog yg budiman. nak tanya sikit ni,kan kucing anda pernah telan tali kasut. pastu jadi apa kat dia???? dia berak kluar tali ke?? muntah keluar tali ke? kucing saya makan tali :-(( n sekarang x tau nak wat apa.. tngh cari2 vet yg terdekat. tapi x de yg dekat :-(( risau ya amat sngt dah ni. boleh x g tau patut wat apa kalau kucing dah termakan tali? sya x nak dia mati :-((
@Anonymous...kucing aku kalau dia makan tali kasut, dia akan keluarkan masa berak tu. pernah ternampak katpasir dia ada tali kasut yg dia makan tu. Kalau kucing anda makan tali kasut tapi tidak keluarkannya kembali, baik jumpa doktor haowan..takut kucing anda sakit nanti
atok sy kata,kucing kalau sakit,dia akan cr ubat dgn memakan rumput..btl ke?
Menarik bro aksi kucing ni...
Post a Comment