Tinggalkan Anak Di Dalam Kereta - Wajar Ke? - Terowong Informasi

Breaking News

Tinggalkan Anak Di Dalam Kereta - Wajar Ke?

Baru-baru ini, kita dikejutkan kes kematian kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam kereta selama 5 jam. Bro rasa, kes seperti ini amat serius kerana melibatkan kematian. Apa yang bro fikirkan adalah, mengapa ibu bapa tersebut sanggup meninggalkan anak di dalam kereta? Sukar ke membawa anak sekali ketika berada di mana sahaja. Jika bergegas sekalipun, takkan anak pun tidak ingat ada di dalam kereta itu.


Tempoh 5 jam itu bukan sekejap seperti 5 minit. Kita sendiri tahu apabila kita masuk ke dalam kereta yang telah lama berjemur di tengah panas, haba panas di dalam kereta itu boleh menyebabkan kita sesak nafas sekejap.Sistem pengudaraan di dalam kereta memang tiada jika enjin kereta dimatikan. Kepada ibu bapa di luar sana, janganlah sesekali meninggalkan anak di dalam kereta walaupun sekejap.


Malang memang tidak berbau. Walaupun anda tinggalkan anak anda di dalam kereta dilengkapi dengan sistem penghawa dingin, ia juga boleh membawa maut kepada anak anda. Tidak susah pun bawa anak anda keluar sekejap daripada nyawa melayang. Jangan benda remeh seperti ini berulang pada masyarakat Malaysia. Fikirkanlah tindakkan anda meninggalkan anak di dalam kereta tersebut betul atau tidak. Sebelum mengakhiri artikel ini, cuba lihat video di bawah ini sebagai pengajaran buat semua orang :



P/S : Ada kes lagi di sabah melibatkan anak tertinggal di dalam kereta semalam.

2 comments

anieyyusoff said...

Ya Allah..semoga dijauhkan dari semua ini..peringatan penting untuk saya yang ada anak-anak yg masih kecil. Akan dibawa walau ke mana saja pergi walau utk seketika ataupun lebih rela xkeluar ke mana2...Al fatihah utk arwah. Tidak dapat nak digambarkan perasaan seorang ibu..

Terowong Informasi said...

Bro pon ada anak kecil..kite sebagai ibu bapa jgn ambil mudah perkara nih.. nak dpt anak bukan senang..so kita la kena jaga mereka dan lindungi mereka. Budak kecik pemikiran dia xsama mcm org dewasa..kite kena ingat tu.. al fatihah kepada arwah adik kita itu