Ana Ikan Bakar Petai : Ikan Bakar Lain Dari Yang Lain - Terowong Informasi

Breaking News

Ana Ikan Bakar Petai : Ikan Bakar Lain Dari Yang Lain


Ikan Bakar Petai? Pasti ada yang pelik sedikit dengan bunyi nama masakan ini. Bagi yang biasa dengar, pasti mereka akan kata ianya ada di Ana Ikan Bakar Petai sahaja. Bro telah pun pergi beberapa minggu lepas untuk mencuba apa yang menarik sangat restoran ini. Jadi, bro cubalah.


Lokasi yang Bro pergi adalah di cawangan Bandar Baru Bangi. Restoran ini betul-betul di tepi jalan menghala ke bulatan pertama untuk ke Toll Bangi. Masih tidak dapat pasti lagi di mana, nanti bro akan bagi alamat di akhir artikel ini


Untuk makluman anda semua, ikan bakar petai ini memang lain dari yang lain. Selalunya ikan bakar yang kita makan ini biasa sahaja. Ada rempah sedikit dan berkuah tetapi di sini, ikan bakarnya akan dibungkus dalam daun pisang dan terdapat hirisan petai-petai di dalamnya. Aromanya memang unik dan mengasyikkan. Bagi yang tidak makan petai, pasti ia satu masalah. Jadi, jangan risau, anda boleh order ikan bakar biasa tetapi tidak menariklah jadinya.


Restoran ini bukan sahaja menyediakan ikan bakar sahaja tetapi pelbagai seafood disediakan. Semuanya fresh belaka. Untuk mendapat tempat duduk, cukup senang dan sentiasa bersih. Anda juga boleh makan secara duduk bersila di tempat yang disediakan. Ianya terhad ye. Makanan yang dimasak semuanya ok tetapi satu sahaja Bro kurang gemar dan ianya perlu diperbaiki iaitu masa penghantaran makanan. Ia sangat lambat terutamanya ikan bakar. Waktu yang bro pergi masa itu dalah waktu malam. Mungkin ramai pengunjung ketika itu.


Tapi satu sahaja Bro sangat suka makan di sini walaupun service lambat, ianya SANGAT MURAH!!! Susah nak jumpa lokasi makan yang murah. Apa yang Bro order pada masa itu adalah :

  • Lala masak cili (kalau xsilaplah nama dia)
  • Sotong goreng tepung
  • Ikan Pari Petai
  • Sayur Kailan Ikan Masin
  • Nasi Putih 2x
  • Air Jus tembikai
  • Air Fresh Orange
Total makanan yang Bro pesan ini cuma RM68.00 sahaja. Murah bukan. Pada mulanya bro memang terkejut sangat kerana kemurahannya. Mungkin bro akan datang di lain masa nanti. Walaupun service lambat, ianya masih boleh diperbaiki lagi. Dan semestinya ianya sangat MURAH. Kepada sesiapa yang mahu datang ke Restoran Ana Ikan Bakar Petai Cawangan Bandar Baru Bangi, Bro syorkan anda datang awal sedikit kerana seafood yang disediakan cepat habis. Seawal 9.00pm semuanya sudah habis. Ok, berikut adalah alamat dan masa waktu perniagaan :



Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor
Phone:019-217 7668
Hours:
 
Wednesday 5:00 pm – 12:00 am

Gambar : Ehsan Google

3 comments

amirnawawi said...

Kat kuantan pun ada 2 cawangan.. Memang lambat sebab kedai sentiasa penuh. Tapi rasanya superb

Terowong Informasi said...

Ye ke, mmg lambat rupanya service dia.. Tp xpelah, janji murah dan sedap.. Betul x?

Anum said...

wow dah ada cawangan lain