Pilatusban - Landasan Keretapi Tercuram Di Dunia - Terowong Informasi

Breaking News

Pilatusban - Landasan Keretapi Tercuram Di Dunia

Tahukah anda, terdapat satu landasan keretapi tercuram di dunia dan ianya hanya ada di Pilatusban, Switzerland. Kecuraman landasan ini adalah 48% kecuraman yang telah dapat dicatatkan. Lihat sahaja gambar yang bro sediakan. Ia amat curam tetapi lokasi pemandangannya amat cantik.


Stesen keretapi ini telah di buka pada 4 June 1889 dan kini telah mencapai 124 tahun usia pembukaannya. Keretapi ini hanya boleh membawa penumpang seramai 40 orang sahaja. Jika kereta api ini mahu menuruni bukit ini, kelajuan di capai adalah hanya 9 km/h manakala untuk menaiki bukit ini adalah 10 km/h sahaja. Panjang landasan ini adalah cuma 4.6 km.


Dengan kecuraman ini, ia telah dinobatkan landasan keretapi tercuram di dunia ini. Jika anda berpeluang untuk menaiki keretapi di sini, pasti ia satu pengalaman yang menerujakan anda nanti. Di bawah ini adalah rakaman bagaimana kecuraman landasan keretapi ini. Sesiapa yang gayat, pasti kecut perut bila melihatnya.