Dugaan Dan Ujian Besar Buat Malaysia
Pada bulan March 2014 merupakan bulan ujian besar bagi rakyat Malaysia. Bermula dengan ujian kemarau yang teruk sehingga sekarang yang boleh membuatkan paras empangan setiap negeri susut mendadak. Dengan kejadian ini, sudah pastinya ia memberi tamparan hebat kepada masyarakat di Malaysia kerana Air merupakan sumber terpenting negara. Yang paling ketara adalah sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Lebih kurang 3 juta penduduk menerima gangguan air kerana dicatu oleh Perbadanan Air Selangor (Syabas).
Kemudian, masalah jerubu pula timbul sejak kebelakangan ini. Ia berpunca dari hutan belukar terbakar kerana dek kemarau berpanjangan. Anda boleh melihat kejadian ini dengan mata anda sendiri di mana ia terjadi di mana-mana sahaja seperti tepi jalan utama, sepanjang lebuhraya dan sebagainya. Keadaan jerebu pada kali ini amat teruk terutamanya di Lembah Klang yang mencatat 255 ipu (index pencemaran udara). Pelbagai usaha oleh pihak kerajaan membendung masalah jerebu ini seperti membuat pembenihan awan bagi menurunkan hujan tetapi ia masih belum boleh membendung masalah ini. Jerebu kian menutup pemandangan kita dan terpaksa mengurangkan aktiviti luar buat sementara waktu.
Terbaru, pada 9 March 2014, tamparan hebat diterima oleh kerajaan Malaysia di mana pesawat MH370 dari Malaysian Airline hilang dari radar. Pesawat MH370 ini berlepas dari KLIA pada 12.40am yang menuju ke Beijing hilang pada jam 1.40am selepas melepasi beberapa batu nautika dari Kota Bharu, Kelantan. Misteri kehilangan pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 krew MAS telah mendapat liputan satu dunia. Pelbagai spekulasi, dan andaian masyarakat mengenai misteri kehilangan MH370 ini. Ada yang mengatakan ia merupakan sabotaj, serangan pengganas dan macam-macam lagi. Pelbagai cerita yang kita boleh dengar dan lihat mengenai misteri kehilangan MH370. Banyak negara serantau membantu kerajaan Malaysia mengesan dan mencari pesawat ini sehingga dapat.
Itulah ujian dan dugaan yang diterima oleh Malaysia buat masa ini. 3 ujian ini benar-benar menguji kita menghadapi rintangan yang akan mendatang. Segala ujian dan dugaan ini adalah datang dari Allah S.W.T. Mungkin, kita terlalu leka dengan kewajipan kita kepadaNya yang menyebabkan kita diuji. Jangan fikir didi kita sempurna tanpa lakukan kesilapan. Cermin diri dahulu sebelum membanggakan diri. Bro harap, kita semua umat islam di Malaysia mengambil iktibar dengan ujian ini dan jangan pula kita bersikap berpuak-puak. Bukalah minda dan hati seluas-luasnya. Insyaallah, ujian ditempohi dapat dilakukan dengan jayanya. Insyaallah...

No comments
Post a Comment