Petikan Ayat Al-Quran Dalam Lagu Terbaru Solo CL Dari 2NE1 - Terowong Informasi

Breaking News

Petikan Ayat Al-Quran Dalam Lagu Terbaru Solo CL Dari 2NE1

Baru-baru ini, kecoh mengenai trending #CLisUsingQuraanInHerSong di twitter. Ia bukannya trending di Malaysia malah 1 dunia! Dalam kekecohan tersebut, video lagu tersebut dimuat naik terus ke laman Youtube dan telah mendapat komen dari peminat K-POP yang beragama islam. Apa komen mereka mahukan adalah menghentikan memuat naik muzik video tersebut yang dianggap menyentuh sensiviti umat islam. Lagu yang dimaksudkan adalah MBTD (Mental Breakdown) nyanyian solo CL dari album terbaru 2NE1 "Crush".
      
                


Jika anda mendengar betul-betul lagu tersebut pada minit ke 1:02- 1:15 minit, anda akan terdengar suara kanak-kanak yang seolah-olah sedang mengaji. Bro tidak pasti mengenai suara kanak-kanak tersebut. Memang ada alunan macam orang mengaji tetapi tidak bebera jelas sangat. Ada yang berpendapat itu mungkin hanyalah bacaan ayat-ayat biasa dari Bahasa Arab yang telah dilenggokkan seperti mengaji. Ada juga yang meyatakan itu adalah petikan dari lagu India yang berunsurkan Bollywood. Cuba anda dengari lagu tersebut di bawah ini :

         


Ada yang mengatakan bacaan itu sememangnya dari petikan ayat suci Al-Quran iaitu Surah An-Naba' ayat 32. Sila baca ayat yang dibulatkan merah di bawah sambil mendengar lagu CL 'MTBD' untuk pengesahan. Terdapat banyak pihak memberi pendapat, membidas penggunaan ayat ini. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik kita meneliti dan mengkaji dahulu setiap apa yang kita ambil untuk digunakan. Selidik dahulu dalam-dalam dan jika tiada masalah, barulah boleh guna. Sepatutnya, setiap manusia perlu saling hormat menghormati setiap agama tanpa prajudis.

No comments