Warga Amerika Mati Dibunuh Oleh Puak Asli
Seorang warga Amerika dilaporkan mati dibunuh oleh puak asli berhampiran di Kepulauan Andaman kerana melawat perkampung mereka tanpa izin. Beliau, John Allen Chau,27, seorang pengembara dan mubaligh kristian berniat untuk berjumpa dengan puak asli tersebut untuk menyebarkan ajaran kristian dikalangan puak Sentinelese. Puak asli Sentnelese ini adalah antara beberapa puak yang belum terdedah kepada dunia luar.
Laporan polis merekodkan John Allen sudah tinggal di Kepulauan Andaman sejak 16 Oktober 2018 dan terakhir adalah 14 November 2018. Untuk berjumpa dengan puak Sentinelese, beliau meminta bantuan nelayan untuk membawanya ke Pulau Morth Sentine dimana puak itu tinggal.
Sebaik menghampiri pulau berkenaan, John Allen menyambung perjalanannya dengan kayak sementara nelayan itu kembali ke Pulau Andaman semula. John dikatakan membawa hadiah untuk diberikan kepada puak berkenaan iaitu bola, mata kail, gunting dan ubat-ubatan.
Bagaimanapun, mayat John Allen kemudiannya dilihat tersadai di tepi pantai tiga hari kemudian oleh sekumpulan nelayan. Nelayan terbabit tidak berani mendekati pulau itu dan hanya memaklumkan kepada pihak berkuasa dan berita kematian John Allen sampai ke keluarga mangsa di Amerika Syarikat. laporan susulan menyatakan puak itu dilihat menanam mayat John di kawasan pantai berkenaan.
Keluarga John Allen menerusi laman sosial memberi penghormatan kepada mendiang dan menyatakan kesedihan mereka atas kematiannya. Mereka juga memaafkan puak Sentinelese yang dipercayai bertanggungjawab membunuhnya. Nelayan yang membantu John Allen menelinap masuk ke pulau berkenaan telah ditahan polis untuk siasatan.
No comments
Post a Comment