Johor Kaji Semula Pertukaran Cuti Hujung Minggu - Terowong Informasi

Breaking News

Johor Kaji Semula Pertukaran Cuti Hujung Minggu


Baru-baru ini sewaktu bro balik ke Johor Bahru, ada terdengar cerita mengenai pertukaran waktu cuti mingguan dari Jumaat - Sabtu kepada Sabtu -Ahad mulai bulan Jun ini. Sebelum ini, Kerajaan Negeri Johor sudah mengistiharkan pertukaran cuti hujung minggu pada akhir Disember 2013.

Langkah kerajaan negeri menukar kembali cuti hujung minggu negeri itu kepada Ahad daripada Jumaat kini sedang heboh diperkatakan oleh kalangan kakitangan awam di JohorMenurut mereka, kerajaan negeri Johor dijangka akan menukar kembali cuti hujung minggu kepada Ahad sebagaimana yang diamalkan sebelum ini, bermula 1 Jun ini dan ada juga yang mengatakan ianya akan berlaku pada Januari 2015. Ia masih dalam peringkat kajian lagi dan masih belum ada kata putus dari kerajaan Negeri Johor.
.

Punca pertukaran ini disebabkan kesukaran kepada golongan perniagaan yang terpaksa berurusan dengan kedua-dua pihak iaitu bank dan pejabat -pejabat kerajaan. Terdapat juga pendapat yang mengatakan Iskandar Malaysia menerima kesan daripada perubahan cuti hujung minggu itu dengan urusan membabitkan pelaburan asing terutamanya daripada Singapura mengambil masa yang lebih panjang daripada biasa. Benar atau tidak cerita ini, kita perlu menunggu pengumuman dari Kerajaan Negeri Johor.

No comments