Aplikasi Permainan Bomb Gaza Dikeluarkan Di Google App Store - Terowong Informasi

Breaking News

Aplikasi Permainan Bomb Gaza Dikeluarkan Di Google App Store



LONDON: Satu permainan video dalam aplikasi telefon mudah alih yang membawa pengguna sebagai tentera Israel mengebom Gaza, dikeluarkan dari Google app store, demikian menurut jurucakap firma enjin carian terbesar dunia hari ini selepas menerima kecaman orang ramai. Menurut data app store, aplikasi ‘Bomb Gaza’ yang dibangunkan untuk peranti telefon pintar dan tablet Android itu sudah dimuat turun sebanyak 1,000 kali.


Matlamat permainan video itu adalah untuk mengugurkan bom dan mengelakkan daripada pembunuhan orang awam. 

Ia seolah-olah dibangunkan untuk menyinggung perasaan apabila permainan video itu menggambarkan konflik sebenar di Gaza di mana sekurang-kurangnya 1,800 rakyat Palestin sudah terbunuh. 

Kebanyakan komen pada bahagian pengenalan permainan itu menyatakan kemarahan terhadap permainan yang dibangunkan pada tapak Google itu, walaupun ada beberapa pelayar internet mempertahankan kedudukan Israel. 

“Sangat memalukan. Penduduk yang kebanyakannya kanak-kanak terbunuh di Gaza. Malah, ramai yang terselamat menjalani kehidupan dengan kecederaan, kehilangan orang tersayang dan hilang tempat tinggal. 

"Kesengsaraan mereka adalah benar dan untuk menjadikannya satu gurauan, menunjukkan kegagalan kita sebagai seorang manusia. Ini amat memalukan kepada pembangun dan mereka yang bermain dengan permainan video ini,” menurut seorang daripada pelayar internet, George Coote. 
Pembangun permainan video berkenaan, PLAYFTW menyifatkan ia ‘satu penambah baik’ dalam pengenalan versi kedua yang membabitkan penambahan muzik tema Israel. 

Ramai pelayar internet meminta Google supaya mengeluarkan permainan video itu dan mengarahkan pengguna ke butang laporan. 

Selain permainan Bomb Gaza, terdapat judul lain pada Android store yang merujuk berterusan antara Israel dan Palestin. Terdapat juga permainan yang dinamakan ‘Gaza Assault: Code Red’ dan Iron Dome (sistem peluru berpandu kontroversi Israel yang dibiayai oleh Amerika Syarikat). 

"Kami sudah mengeluarkan aplikasi itu dari Google Play yang melanggar polisi syarikat kami," kata jurucakap Google sambil mengesahkan bahawa permainan itu sudah dikeluarkan dari Google Play app store. - The Guardian

No comments