Tashirojima - Pulau Kucing Di Jepun - Terowong Informasi

Breaking News

Tashirojima - Pulau Kucing Di Jepun



Tashirojima merupakan pulau kecil di Ishinomaki, Miyagi, Jepun. Ia terletak di lautan Pasifik berdepan dengan semenanjung Osika, Jepun. Pulau Tashirojima mempunyai keunikkan tersendiri dan tidak terdapat di negara lain. Anda pasti tertanya-tanya apakah keunikan pulau tersebut.


Keunikan Pulau Tashirojima adalah terdapat banyak kucing di pulau ini sehinggakan ia digelar Pulau Kucing. Di sini, kucing dapat hidup bebas tanpa diganggu oleh sesiapa sekalipun. Pulau yang didiami oleh 1000 orang penduduk ini menjadi popular setelah seorang jurugambar Jepun, Fubirai membuat dokumentasi mengenai pulau ini. Populasi kucing di pulau ini melebihi populasi manusia untuk pengetahuan anda semua.


Bila melihat gambar yang Bro sedia di atas, kucing-kucing di sini nampak sangat comel dan sihat-sihat belaka. Kucing-kucing di sini macam spesis kucing kampung yang terdapat di Malaysia. Jika anda mahu ke pulau ini, difahamkan tidak dibenarkan membawa anjing ke pulau ini. Apa pendapat anda, unik tak pulau ini?

No comments