Hukum Tolak Permintaan Suami Untuk 'bersama'
Bro baru terbaca satu artikel yang bermanfaat kepada bro dan anda semua. Ia melibatkan hukum syarak Islam mengenai menolak ajakan suami untuk bersama. Artikel ini lebih sesuai bagi yang berkahwin. Dan jika anda belum lagi berkahwin, jadikan ia sebagai sumber informasi anda kelak nanti.
Hadith:
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya:Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga Subuh.
Huraian Hadith:
Hakikatnya memang benar bahawa wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas nafsu si suami hingga di Barat, wujud undang-undang yang disebut marital rape (suami merogol isteri). Namun dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak ansur. Jika isteri penat, datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Islam, memanglah tidak patut bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Tetapi jika tidak ada sebarang sebab untuk menolak, jika diminta oleh suami maka si isteri wajib memenuhinya. Permasalahan ada ˜mood' atau tidak, ia perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu mewujudkan mood tersebut tetapi janganlah sampai melanggar batas-batas syarak.
No comments
Post a Comment