Proton IRIZ Dicemuh Oleh Rakyat Malaysia - Terowong Informasi

Breaking News

Proton IRIZ Dicemuh Oleh Rakyat Malaysia


Proton

Proton IRIZ yang bakal keluar pada hujung bulan ini menerima cemuhan oleh rakyat Malaysia sendiri. Cemuhan ini boleh dilihat di komen Facebook Page Automotive seperti Paultan.org. Majoriti yang Bro lihat ada berkomenkan negatif yang kononnya Proton meniru rekaan Perodua Myvi. Komen-komen yang bro lihat bukannya komen bersifat membangun tetapi komen bersifat mengutuk produk tempatan ini.


Proton diilhamkan oleh bekas perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahadir Bin Mohammad. Kewujudan Proton ini bertujuan untuk meningkatkan ekonomi Malaysia dan memberi peluang rakyat Malaysia memiliki kenderaan dengan harga yang berpatutan. Jika hendak dibandingkan dengan kereta import, harganya cukup mahal dan sudah semestinya rakyat Malaysia tidak mampu memilikinya.

Proton IRIZ

Bro pengguna kereta berjenama Proton iaitu dengan menggunakan model Saga BLM yang dibeli 5 tahun lepas. Sepanjang pengalaman menggunakan kereta berjenama Proton ini, masalah teknikal dengan kereta ini sudah pasti sukar untuk dielakan. Apa yang kereta Bro pernah alami adalah Power Steering bocor dan masalah untuk start kereta secara tiba-tiba sebanyak 2 kali. Masalah-masalah ini masih dalam jagaan warranty lagi. Bro paham, setiap benda yang manusia buat, pasti akan alami masalah. Jenama kereta seperti Toyota, Nissan, Honda dan pelbagai lagi, pasti ia pernah mengalami masalah teknikal tetapi pengguna kereta ini tidak mengisukan cerita ini dengan lebih besar.

Proton IRIZ

Kita sepatunya berbangga negara kita mampu membina kereta dengan sendiri. Malaysia boleh dianggap setanding Jepun kerana berjaya membina kereta sendiri. Dengan bantuan dari Jepun jugalah Proton berdiri teguh sehingga sekarang. Tidak perlulah kita mengutuk kereta buatan Malaysia ini.

Facebook

Mungkin anda mampu membeli kereta import tetapi anda perlu ingat, tidak semua orang mampu membelinya. Itu hak masing-masing. Jika anda kutuk sana sini, apa yang anda akan dapat? Dapat diskaun 70% untuk beli kereta Toyota ke? Fikirlah sebelum anda mengutuk di komen Facebook tersebut. Macam perangai kebudak-budakkan pula bro melihatnya.

1 comment

Anonymous said...

Ini kereta terbaik buatan negara Malaysia. Dah pandu uji semalam. Pegh, memang mantop. Setanding dengan kereta continental. Sangat value for money.