Kemewahan Pemain Bola Sepak Era 80an
Pada era tahun 80an suatu ketika duhulu, nama pemain bola sepak seperti Fandi Ahmad, Saidin Osman, Serbegeth Singh, Hassan Sani dan lain-lain merupakan bintang dalam dunia bola sepak Malaysia. Nama mereka pasti kedengaran oleh peminat bola sepak tempatan ketika itu. Lantas, gaji pemain ini pasti tinggi kerana prestasi yang cukup mengagumkan.
Harta kemewahan mereka ketika itu sudah pasti mereka menunjukkan kereta sebagai aset bernilai mereka. Jenama kereta seperti Ford, Alfa Romeo, Mitsubishi dan Toyota menjadi kegilaan ketika itu. Harganya sudah pasti mahal. Lihat sahaja gambar di atas itu, beberapa senarai pemain dan kereta melik mereka. Apa yang boleh di lihat, kereta milik Fandi Ahmad antara termahal ketika itu dengan membawa Toyota Trueno yang bernilai $47 000. Inilah hasil kesungguhan mereka ketika itu kerana mampu memiliki kereta mewah. Di situ ada kesungguhan, di situ ada jalannya.
No comments
Post a Comment