Kes Buli Di Sekolah Sudah Lama Wujud - Terowong Informasi

Breaking News

Kes Buli Di Sekolah Sudah Lama Wujud



Berita mengenai kes buli di sekolah mula tersebar di laman sosial kini menjadi topik hangat masyarakat Malaysia kini. Pada minggu ini sahaja, sudah dua video tersebar dari perakam video yang kononnya untuk hiburan semata-mata tetapi dibidas oleh masyarakat.

Kes buli di sekolah sebenarnya sudah lama wujud terutama sekali jika belajar di asrama penuh. Di situ, pelajar akan duduk satu bumbung dengan semua pelajar termasuk pelajar senior di sekolah tersebut. Buli membuli ini pada pendapat bro, ia cerita lapuk. Kes ini sudah lama wujud di semua sekolah di Malaysia tidak kira sekolah kebangsaan atau menengah. Anda pasti sudah pernah melihat pelajar di buli atau pernah kena buli di sekolah dahulu. Mustahil jika anda kata anda tidak pernah nampak kes buli semasa di bangku sekolah dahulu.



Buli ini terdapat pelbagai cara seperti di pukul, memeras ugut untuk dapatkan wang , tolong siapkan kerja sekolah, jadi pak turut beli rokok dan sebagainya. Benda-benda ini adalah perkara biasa berlaku cuma pada zaman sekarang, anda mampu melihat dengan video di laman sosial. Pada zaman 70an, 80an, dan 90an mana ada lagi handphone atau smartphone yang membolehkan anda merakamkan sesuatu. Betul tidak?


Pada pandangan Bro, pembuli ini sebenarnya mengalami kekurangan kasih sayang di rumah. Mungkin di rumah, ibu bapa mereka sibuk mencari duit berbanding meluangkan masa bersama anak-anak ataupun pembuli-pembuli ini mempunyai masalah keluarga seperti mak ayah bergaduh setiap hari. Mungkin inilah punca mereka bersikap liar. Cuba anda perhatikan si pembuli ini berdepan dengan ayah mereka, mereka kelihatan baik, dan takut membuat salah. Kalau betul-betul gengster, sudah pasti mak ayah mereka kurang ajar juga.


Kesimpulan dalam artikel ini, awasilah anak-anak anda di luar sana. Anda perlu lebihkan perhatian mengenai aktiviti anak anda yang dilakukan dan juga anda perlu tahu siapa kawan anak anda. Jika silap pilih kawan, hanyutlah anak anda nanti. Pada zaman sekarang merupakan zaman paling mencabar untuk mendidik anak berbanding zaman ibu bapa dahulu. Lebihan hiburan di luar membuatkan kita sebagai ibu bapa jadi tercabar dalam mendidik anak. Ingatlah sebelum anak anda terus hanyut dalam kesesatan.

1 comment

iZiVio said...

Yelah.. Buli kat sekolah bukan perkara yang luar biasa. Cuma sekarang lebih dapat liputan diarus zaman berteknologi.