Nombor Plate Kenderaan Punca Utama Kemalangan Maut
Punca utama kemalangan jalan raya setelah lama diselidik oleh pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah berpunca dari nombor plate kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi JPJ. Jika nombor plate kenderaan itu terlalu kecil, terlalu kurus, atau terlalu besar, ia adalah salah di sisi undang-undang jalan raya. Ia cukup merbahaya berbanding dari sikap pemanduan seseorang itu. Adakah nombor plate sebegini membuatkan pemandu hilang fokus semasa memandu jika ternampak nombor plate tidak ikut spesifikasi ataupun alasannya AES sukar membaca nombor plate yang tidak standard?
Selain nombor plate kenderaan tidak mengikut spesifikasi JPJ, penggunaan lampu HID, strobe light dan tinted gelap dikatakan mengancam jiwa manusia semasa memandu kenderaan. Kesemua kesimpulan ini boleh dikatakan mengarut dan mana mereka dapat teori yang tidak masuk akal.
Pada pandangan bro mengenai punca kemalangan maut bermula pada sikap pemandu sendiri. Ada sesetengah pemandu memandu kenderaan dalam keadaan agresif dan ada juga yang memandu terlalu berhati-hati sehingga memandu terlalu perlahan. Pengubahsuaian kenderaan terlalu ekstream boleh menjadi punca kemalangan kerana pengubahsuaian selalunya tidak mementingkan keselamatan tetapi mementingkan kecantikkan kereta tersebut.
Mengenai penggunaan lampu HID yang dikatakan boleh menyilaukan pemandu lain, bro ingin tanya sedikit, kereta Perodua Myvi dan Perodua Viva dijalan raya sebenarnya menyilaukan pemandu lain walaupun pemandu tersebut tidak memasang lampu tinggi dan memasang sport light. Pihak perodua tidak perasan ke akan masalah kecil seperti ini? Tanyalah majoriti pemandu di jalan raya, apakah reaksi mereka memandu bila berdepan dengan kereta jenis ini, pasti mereka akan merungut kerana ia menyilaukan pemandu lain. Ia boleh dikatakan lebih menyilau dari lampu HID.
Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu meminta pendapat rakyat dan pemandu di Malaysia terlebih dahulu mengenai apakah yang patut kita mengekang kemalangan jalan raya kian meningkat bila menjelang musim perayaan. Bukan buat teori ala eksyenkamen untuk menetapkan undang-undang jalan raya. Mengenai nombor plate tersebut, bro harapkan untuk standardkan nombor plate kenderaan Malaysia, pihak JPJ perlulah buat satu kaunter khas untuk pengeluaran nombor plate bukannya boleh dibuat di kedai aksesori kenderaan. Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu standard sebenar yang dimahukan oleh JPJ sendiri. Contoh terdekat, lihat nombor plate Singapura, semua kenderaan di sana menggunakan nombor dan font standard. Mungkin pihak pengangkutan jalan raya di sana yang keluarkan nombor plate tersebut. Apa yang Bro boleh katakan, sila kaji semula kerana ia menyusahkan pengguna jalan raya lain. Apa kata anda menilai sendiri apa yang pengarah JPJ ini katakan semasa ditemu ramah baru-baru ini
No comments
Post a Comment