Akibat Cemburu Wanita Ditikam
Seorang wanita maut ditikam dengan pisau oleh bekas teman lelakinya di kawasan letak kenderaan tempatnya bekerja di sebuah pasar raya, di sini, 6 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari, berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang bekerja di pasar raya terbabit.
Katanya, difahamkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek yang masing-masing berusia 20-an itu sebelum lelaki itu menikam bekas teman wanitanya itu dengan pisau di rusuk kiri.
Mohd Roze berkata, kejadian dipercayai bermotifkan cemburu apabila suspek tidak dapat menerima hakikat bahawa gadis berkenaan yang berasal dari Felda Ulu Dengar, di sini, sudah bertunang dengan lelaki lain.
"Suspek mahu kembali ke pangkuan mangsa yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
"Namun, tidak berjaya sebelum bertindak agresif sehingga menikam mangsa," katanya.
Katanya, polis sudah mengenal pasti suspek dan operasi memburunya sedang dilakukan.
Kredit : Harian Metro
Nota : Bila terlalu cemburu menguasi diri, ini akibatnya.
No comments
Post a Comment