Baju Melayu Hipster Jadi Tumpuan Di Zalora
Baju Melayu Hispter? Apa kejadah baju melayu Hipster ini? Yang Bro tahu selama ini hanya baju melayu cekak musang dan baju melayu telok belanga sahaja. Apa yang menariknya baju melayu Hipster ini?
Pengenalan baju melayu Hipster ini Bro perasan bermula pada iklan di Zalora.com.my. Iklan ini untuk mempromosikan baju melayu Hispter yang direka oleh Zery Zamry. Pada pandangan Bro bila kali pertama melihat, baju apa benda ini? Seluar ketat dan pakai samping singkat sehingga atas lutut. Selesa ke bila memakainya? Tidak koyak ke bila kita melakukan solat nanti? Pelbagai pertanyaan yang bermain pada fikiran bro.
Harga bagi baju ini bukannya murah. Satu set baju melayu hipster ini mencecah RM445.00 (tidak termasuk kos penghantaran) berbanding baju melayu biasa yang kita beli tidak sampai harga RM150. Bagi bro, memang tidak akan beli kerana hilang kemelayuan pada baju ini. Ada yang mengatakan, samping yang dipakai oleh model ini seperti orang kaum masai di Afrika.
Bila lihat, ada betulnya juga kata pengkritik ini. Walaupun ia tidak cantik pada mata Bro, pasti ada segelintir akan memakainya di hari raya nanti. Siapa yang akan pakai, kita tunggu bila raya nanti. Mungkin saudara anda yang akan pakai. Tidak mustahil bukan?
No comments
Post a Comment