Video Stacey Eden Pertahankan Pasangan Muslim Di Australia - Terowong Informasi

Breaking News

Video Stacey Eden Pertahankan Pasangan Muslim Di Australia


Stecey Eden


Sepasang suami isteri beragama Islam, Hafeez Batthi,33 isterinya Khalida,26, telah dihina semasa menaiki tren di salah satu tempat di Australia baru-baru ini. Ia bermula seorang wanita yang duduk dihadapannya dan bertanya kenapa wanita muslim tersebut memakai hijab? Belum sempat pasangan Islam tersebut ingin menjawab, seorang wanita telah menjawab soalan tersebut.




Seorang gadis di Australia tampil mempertahankan wanita muslim yang di hina ketika menaiki keretapi CityRail dari pusat bandar Sydney.#Respect#SalamJumaat
Posted by Siakap Keli on Thursday, April 16, 2015
Bila anda melihat video ini, pasangan muslim tersebut mungkin agak terkejut kerana ada orang yang mempertahankan mereka tanpa disuruh. Wanita yang mempertahankan pasangan muslim ini adalah  bernama Stacey Eden, 23 yang berasal dari Sydney, Australia. Beliau bukan beragama islam tetapi sikap respek dan toleransi dengan agama lain telah mendapat pujian di laman sosial sehinggakan menjadi berita hangat di Australia.

Atas keperihatinan terhadap pasangan muslim tersebut, salah satu masjid di Brisbane, Australia telah menjemput Stacey Eden ke masjid tersebut atas keperihatinan yang beliau tunjukkan dan patut diberi contoh kepada yang lain.

No comments