Mitsubishi Tamatkan Pembuatan Mitsubishi Evo - Terowong Informasi

Breaking News

Mitsubishi Tamatkan Pembuatan Mitsubishi Evo


Mitsubishi Final Edition


Mitsubishi Evo, sebuah kereta sport yang dikenali di seluruh dunia atas reka bentuk yang menarik dan garang. Pihak Mitsubishi telah mengumumkan akan mengakhiri projek Mitsubishi Evo dan Lancer dengan pengenalan akhir model terbaru mereka iaitu Mitsubishi Lancer Evolution Final Edition.

Mitsubishi Final Edition


Pasti peminat Mitsubishi terkejut akan berita ini. Mungkin pihak mereka ada perancangan baru mereka untuk membina model baru yang tidak menggunakan perkataan Lancer atau Evolution. 
Spesikasi model Mitsubishi Lancer Evolution Final Edition ini masih menggunakan Gear Box 5 speed, 2.0-litre MIVEC turbocharged engine tetapi pihak Mitsubishi tidak memberi tahu berapakah horse power yang akan dimasukkan kepada model terakhir ini.

Selain dari spesifikasi enjin, dari segi luaran, Model Mitsubishi Lancer Evolution Final Edition akan mengenakan rim 18-inci BBS Sportrim dan tayar berjenama Yokohama Advan 245/40, sistem suspension Bilstein and Eibach dan Brake Brembo 2 unit. Model ini juga akan menawarkan beberapa warna pilihan seperti merah, putih, hitam dan biru.


Mitsubishi Final Edition


Dari segi dalaman pula, mereka memainkan warna hitam merah bagi menampakan garang dan eksklusif dengan dikenakan kerusi Recaro Bucket yang berwarna hitam merah manakala Steering, tombol gear dan handbrek juga dikenakan warna yang sama. Difahamkan, hanya 1000 unit sahaja akan dikeluarkan dan harganya mengikut kadar matawang asing adalah RM135,860 tidak termasuk cukai. Kepada peminat Lancer dan Evo, boleh pergi ke Mitsubishi Center untuk menempah atau pertanyaan.

No comments