Jambatan Eshima Ohashi Yang Unik - Terowong Informasi

Breaking News

Jambatan Eshima Ohashi Yang Unik


Eshima Ohashi


Ini merupakan Jambatan Eshima Ohashi di Jepun. Ia merupakan jambatan rangka ketiga terbesar di dunia yang mempunyai 44 meter ketinggiannya. Dari sudut pandangan anda, ia kelihatan jambatan yang mempunyai kecuraman yang amat tinggi.

Eshima Ohashi
Eshima Ohashi


Pasti anda akan menilai, bagaimana kenderaan berat menuruni jambatan ini. Adakah ia selamat untuk memberhentikan kenderaan mereka kerana terdapat lampu isyarat ketika menuruni jambatan tersebut? Sebenarnya, ia hanya ilusi anda sahaja. Ia tidak securam yang anda sangka. Mari kita lihat video di bawah ini untuk merasai bagaimana kita memandu ketika melalui jambatan Eshima Ohashi ini :

 

Jika anda sudah melihat video di bawah ini, ia kelihatan seperti biasa sahaja jika nak dibandingkan dengan penglihatan mata kasar kita. Kejuruteraan Jepun memang terbaik sehingga kita memandu tidak merasa gayat ketika menuruni jambatan ini. Rekaan seperti ini mungkin disebabkan untuk memudahkan laluan kapal menyeberai jambatan ini dengan mudah. Jika rendah jambatan ini, pasti kapal yang besar tidak boleh melaluinya.

No comments