Kisah Sebenar Lelaki Tunggu Selama 20 Tahun Di Stesen Keretapi - Terowong Informasi

Breaking News

Kisah Sebenar Lelaki Tunggu Selama 20 Tahun Di Stesen Keretapi


Tunggu Kekasih


Ia merupakan kisah benar mengenai seorang lelaki menunggu di perkarangan kereta api di salah satu tempat di Taiwan. Lelaki ini menunggu seorang wanita selama 20 tahun dan kini beliau sudah berusia 47 tahun.

Ia bermula semasa beliau yang dikenali sebagai Ah Ji berkenalan dengan seorang wanita yang sangat cantik dan meyebabkan beliau jatuh hati kepadanya. Mereka berdua bersetuju untuk bertemu di stesen keretapi tetapi wanita tersebut tidak muncul tiba. Lelaki ini masih mengharap supaya wanita pujaan beliau itu akan muncul dan temui beliau dan kini, sudah 20 tahun masa berlalu. Lelaki ini masih tunggu di tempat yang dijanjinya.

Adik lelaki ini cuba memujuknya beliau supaya hentikan perbuatan ini tetapi gagal kerana lelaki ini bertegas mahu menunggu sehingga wanita tersebut datang. Selama beliau menunggu di stesen keretapi ini, ada juga orang memberi beliau sumbangan seperti makanan dan pakaian. Ramai Netizen berkata, lelaki ini seorang yang mempercayai cinta sejati dan sanggup buat apa sahaja. Jika anda perhatikan akan kisah lelaki ini, ia sama sahaja seperti cerita "Hachiko" di mana seekor anjing menunggu tuannya sehingga anjing tersebut mati di tempat dia tunggu tuannya. Adakah beliau akan sama seperti "Hachiko" nanti?

No comments