3 Juadah Berbuka Puasa Yang Wajib Rasa Di Johor
Hari ini, bro nak ceritakan sedikit mengenai juadah berbuka puasa yang wajib anda rasa di Johor. Jika anda menyambut puasa di negeri selatan tanah air ini dan tidak merasa beberapa makanan ini, anda pasti rugi. Apa makanannya, mari teruskan membaca :
Nasi Ambeng Bandar Baru Uda
Nasi Ambeng Bandar Baru Uda ini memang antara paling popular di Johor Bahru. Warga Johor Bahru pasti tahu akan kenikmatan nasi ambeng yang dijual di sini. Nama kedai ini Mat Conner. Nasi Ambeng ini boleh dikatakan nasi yang serba lengkap kerana di dalam bungkusan daun pisang ini terdapat pelbagai lauk antaranya adalah Ayam masak kicap/masak merah, Serunding daging/ayam, Ikan Masin bulu ayam, Mee Goreng dan Soo Hoon Goreng.
Botok-Botok
Bagi orang luar dari Johor, pasti akan pelik apakah botok-botok ini. Ia merupakan makanan tradisi yang hanya ada di Johor sahaja. Botok-botok ini cara penyediaannya hanya beberapa ketul/ekor ikan yang selaputi pelbagai jenis daun. Rasanya, memang sedap kalau dimakan dengan nasi panas. Cubalah...
Air Katira Abu Bakar
Air katira Abu Bakar memang sinonim dengan orang Johor bila di bulan puasa. Air yang warna hijau yang mengandungi pelbagai jenis buah dan bahan didalamnya. Rasanya memang cukup enak bila orang yang pandai buat air ini. Air ini boleh dikatakan agak mahal berbanding air biasa. Harga lingkungan RM4.50 sebungkus.
Ini adalah sebahagian menu makanan dan minuman yang wajib anda rasa bila di Johor. Ada menu lain yang menarik lagi yang anda boleh cuba. So, cuba yang ini dulu, pasti teringat-ingat.
Sumber Gambar : Google
No comments
Post a Comment