HRH King Talib Football Club Sertai Liga FAM Tahun Depan
Sebuah kelab bola sepak baharu iaitu HRH King Talib Football Club akan mewarnai Liga FAM pada musim 2016 nanti. Pengumuman ini diketahui melalui laman rasmi Johor Southern Tigers pagi tadi. Ia merupakan berita tergempar dalam dunia bola sepak Malaysia ketika ini.
Kelab ini dipercayai berasal dari selatan tanah air iaitu Johor yang dimiliki oleh individu yang kaya. Tujuan penubuhan kelab ini untuk menunjukkan kekayaan, lagak dan 'syle' dalam pengurusan kelab ini. Selain tujuan itu, penubuhan kelab ini juga berpunca dari sebuah kelab baru yang menggunakan logo mahkota dan kemungkinan besar adalah Real Mulia FC.
Adakah HRH King Talib Football Club mahu mencabar Real Mulia FC dalam kancah saingan liga Malaysia tahun hadapan? Jika benar, apakah ciri pemain yang akan dibeli oleh kelab ini? Pasti banyak tanda tanya bagi peminat bola sepak Malaysia. Apa yang pasti, HRH King Talib Football Club akan menjadi kelab terkaya di Malaysia malah di Asia Tenggara.
No comments
Post a Comment