Keindahan Pulau La Reunion Dan Misteri MH370 - Terowong Informasi

Breaking News

Keindahan Pulau La Reunion Dan Misteri MH370




Berita mengenai serpihan pesawat dijumpai di kepulauan La Reunion menjadikan negara ini tumpuan umum dunia ketika ini. Ia kerana serpihan pesawat tersebut dipercayai milik penerbangan Malaysia Airline MH370 yang hilang Mac tahun lalu namun pakar dari Australia dan Malaysia sudah bergegas ke negara terbabit untuk membuat siasatan

La Reunion
La Reunion

Pulau La Reunion bukanlah pulau yang popular di dunia tetapi ia memiliki keunikan tersendiri yang jarang diketahui oleh masyarakat dunia. Pulau La Reunion adalah milik negara Perancis hasil jajahan pada perang dunia ketika dahulu. Kadar mata wang mereka adalah Euro walaupun negara ini bukanlah di lokasi eropah. Pulau yang terletak 200 km dari barat daya Mauritius yang dihuni seramai 850,000 penduduk.

La Reunion

Lanskap pulau ini memang indah dan cantik jika dilihat. Lihat sahaja gambar yang Bro sediakan, sangat unik dan panorama yang sukar dilihat. Pulau ini juga mempunyai satu gunung berapi aktif. Pulau ini juga sering menjadi destinasi pelancong untuk aktiviti skuba, mendaki gunung dan memilik beberapa tempat air terjun yang menarik.

MH370

Mengenai serpihan kapal terbang yang ditemui semalam, bermakna tanda tanya dimana MH370 terjawab setelah sekian lama. Jika bukan, dimanakah MH370 sebenarnya?

No comments