Nombor 657-BB Menyamai Nombor Siri Manual Penyelenggaraan Boeing
London: Akhbar tempatan Pulau Reunion, Le Journal de l’île de La Réunion, menyiarkan gambar yang didakwanya nombor yang tercatat di bahagian dalam flaperon yang ditemui di pulau itu semalam.
Sebelum ini, mekanik syarikat penerbangan di pulau itu, Air Austral, berkata wartawan tempatan meneliti serpihan itu bersama pegawai tentera Perancis dan mendapati ada nombor 657-BB tercatat padanya,
Laman sesawang AirLive.net melaporkan nombor 657-BB menyamai nombor siri dalam manual penyelenggaraan Boeing untuk bahagian flaperon pesawat 777.
Secara teorinya nombor yang ditemui pada flaperon sudah membolehkan penyiasat membuat pengenalan awal sama ada flaperon yang ditemui itu dari pesawat Boeing 777 atau tidak.
Nombor siri itu membolehkan sejarah komponen berkenaan dikesan termasuk dengan rekod pengeluar dan syarikat penerbangan.
Namun, menurut pakar pasukan penyiasat perlu berhati-hati sebelum mengesahkan komponen itu milik Boeing 777 atau pesawat MH17 kerana banyak kemungkinan boleh ditemui ketika siasatan.
Penyiasat nahas pesawat, David Gleave, berkata pasukan penyiasat memerlukan masa untuk mengesan sejarah lengkap komponen yang ditemui itu. - Guardian
No comments
Post a Comment