Cerita Sebenar Wanita Bakar Diri Dalam Perodua Viva
Seorang wanita berusia 35 tahun yang dipercaya berang akibat dipecat oleh majikan bertindak merempuh kereta dipandu ke arah bangunan pejabat di Bangsar South, Jalan Kerinchi di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, mangsa kemudian bertindak membakar dirinya di dalam kenderaan menggunakan petrol dan mercun dibawanya.
Kejadian itu kemudian segera dilaporkan kepada pihak polis sebelum anggota Bomba dan Penyelamat Pantai bergegas memadamkan kebakaran itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa sempat diselamatkan beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian yang membantu memadamkan api menggunakan alat pemadam api.
Cubaan Bunuh Diri
Wanita cuba bunuh diri di pintu masuk bangunan Averis, petang semalam dipercayai bertindak demikian kerana 'dirogol' menurut saksi kejadian. Laporan selanjutnya - http://goo.gl/nXHScyMORE: #MEDIAVIDS
Posted by My Media Hub on Friday, August 14, 2015
“Mangsa mengalami kecederaan melecur hampir 50 peratus pada keseluruhan tubuhnya,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang berjaya diselamatkan dalam kejadian itu sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Siasatan mendapati mangsa memandu kereta model Perodua Viva. Sejurus kebakaran kereta itu dipadamkan, pihak polis menemui dua kotak mercun dan tiga tong berisi petrol,” katanya.Nota : Berikutan ada yang mengatakan beliau 'dirogol' adalah tidak benar belaka..
No comments
Post a Comment