PDRM Guna Dron Untuk Pemantauan Dan Rondaan
Perkembangan teknologi setiap hari boleh dikatakan sering membantu pengguna dan pelbagai organisasi dalam memudahkan melaksanakan tugasan mereka. Kini, Polis Diraja Malaysia mengumumkan yang mana mereka akan menggunakan teknologi dron dalam melaksanakan beberapa perkara – seawal penghujung tahun ini.
Ia dilaporkan pihak PDRM akan mula menggunakan dron untuk membuat beberapa tugasan asas, seperti membuat rondaan di sekitar kawasan perumahan ataupun menggunakannya untuk memantau situasi seperti perhimpunan haram.
Menurut PDRM, buat masa ini penggunaan teknologi dron masih pada peringkat latihan, dan apabila urusan berkaitan lesen dan sebagainya selesai, mereka akan mula mengguna-pakai teknologi ini.
Selain itu, PDRM juga mengatakan mereka ingin menyertakan teknologi pengecaman wajah pada dron yang digunakan untuk memudahkan pengecaman wajah penjenayah dengan lebih pantas.
Sumber : Bernama
No comments
Post a Comment