Vapor Semakin Diminati Oleh Kaum Hawa - Terowong Informasi

Breaking News

Vapor Semakin Diminati Oleh Kaum Hawa



Vapor atau rokok elektronik kini menjadi trending bagi golongan muda. Kos untuk mendapatkan set Vapor ini boleh dikatakan sangat mahal, sekurang-kurangnya RM250 untuk setiap set lengkap. Bagi permulaan, memang mahal tetapi untuk mendapatkan perisa, ia murah berbanding rokok biasa. Vapor merupakan alat pengganti rokok dan dikatakan ianya selamat digunakan.

Vapor Flavor

Apa yang Bro dengar dari rakan-rakan mengenai Vapor ini, ia adalah bagus kepada penghisap rokok beralih kepada Vapor kerana ia dapat mengurangkan pengambilan rokok dari sebelum ini. Rokok dikatakan mempunyai 4000 bahan kimia antaranya adalah Tar. Bahan seperti Tar merupakan bahan paling bahaya mengikut sumber kementerian kesihatan sedunia.

Vapor


Dalam Vapor, hanya terdapat Nikotin yang sedikit dan perisa sahaja yang terdapat didalamnya. Jadi, disebabkan Vapor diperkenalkan dan dikatakan selamat, pengguna dari kaum hawa mula kelihatan dan semakin ramai mengamalkan vapor ini. Dahulu, jika mahu melihat kaum hawa merokok, hanya 2% sehaja kita boleh lihat dan kini, kita boleh melihat peningkatan kaum hawa hisap Vapor sebanyak 50% dalam beberapa bulan ini. Kebanyakkannya adalah dari golongan belia mula berjinak-jinak dengan vapor.

Girl Vapor

Adakah Vapor akan meningkatkan lagi pengguna dari kaum hawa dalam beberapa tahun lagi? Saban hari, ada sahaja gambar yang diupload terutamanya dari kaum hawa menunjukkan 'skill' hisap Vapor kepada umum dan ibarat seperti trending dalam budaya hidup. Jangan disebabkan Vapor menjadi punca gejala masyarakat di Malaysia. Jadikanlah Vapor sebagai alat berhenti pengambilan rokok sahaja sudah memadai dan bukannya jadikan vapor amalan negatif dalam hidup seharian.

 

No comments