5 Khasiat Petai Yang Anda Tidak Tahu
Petai atau nama saintifiknya Parkia Speciosa memang terkenal dalam masyarakat melayu. Ia dijadikan ulam bagi orang zaman dahulu. Petai tidak ditelan zaman kerana ia masih mudah didapati dan ia dihidang dengan pelbagai cara terutama dalam masakan. Masakan popular di kalangan masyarakat melayu adalah Sambal Petai. Mungkin ada cara penyediaan lain dari penyediaan sambal tumis sahaja.
Tahukah anda, petai mempunyai pelbagai khasiat tersembunyi yang kita tidak tahu? Petai mempunyai khasiat iaitu :
1. Pencegah Serangan Strok
Ia telah dikaji dan dibukukan ke dalam The New England Jurnal Of Medicine. Dengan mengamal pemakanan petai, ia mampu menurunkan risiko strok sebanyak 40%.
2. Mencegah dari Merokok
Petai dikatakan mampu membantu individu yang ingin berhenti merokok.Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh daripada ketagihan nikotin.
3. Amenia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.
4. Sembelit
Petai memiliki kandungan serat yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.
5. Tekanan Emosi
Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan. Bukan hanya coklat dapat membantu tetapi petai juga boleh.
No comments
Post a Comment