Hasilkan Supercar Dengan Barang Terbuang
Untuk membina sebuah kenderaan Supercar, ia pasti akan menelan berjuta ringgit untuk membinanya. Jenama seperti Ferrari, Lambogini dan seangkatannya adalah kategori kereta Supercar. Seorang lelaki bernama Chen Yan Xi, 27, berasal dari China telah mencipta sebuah Supercar dengan hanya menelan belanja $6,500.00 sahaja dengan hasil barang terbuang.
Tempoh masa beliau menghasilkan Supercar ini mengambil masa 6 bulan untuk menyiapkan. Hasilnya cukup membanggakan kerana ia direka sendiri tanpa meniru Supercar yang lain. Malangnya, kelajuan kenderaan ini tidak setanding kenderaan Supecar yang lain kerana ia mampu bergerak selaju 60k/mh sahaja dengan motor rekaan sendiri.
Hasil rekaan ini telah dibawa ke 2015 Hainan International Automotive Exibition baru-baru ini. Mungkin, inovasi ini akan diketengahkan dalam industri permotoran China satu hari nanti.
No comments
Post a Comment