Kisah Scarlette Dan Doc Sangat Menyentuh Perasaan
Seorang anak gadis kecil yang kehilangan tangan kirinya kerana kanser yang dihadapinya semasa kecil telah bertemu dengan seekor kucing yang senasib seperti gadis kecil ini. Kucing istimewa ini dipanggil sebagai Doc.
Doktor haiwan, Eileen Sanders berkata peluang Doc kembali pulih seperti sediakala sangat tipis dan kemungkinan besar kucing tersebut tiada peluang untuk hidup. Doc mengalami tulang patah di lengannya ketika doktor berkenaan jumpa. Doktor berkenaan menghantar ke Kampus Haiwan San Jacinto Valley untuk mendapat rawatan tetapi lengan kucing tersebut tidak dapat diselamatkan. Itu berkenaan dengan kisah kucing bernama Doc.
Berkenaan kisah Scarlette, semasa beliau lahir ke dunia, tangan kirinya membesar 3 kali ganda berbanding dengan tangan kanannya itu. Ibu bapa Scarlette sendiri tidak tahu apakah punca yang berlaku kepada anaknya itu sehingga mendapat rawatan doktor pakar. Doktor pakar mengesahkan, Scarlette mengalami kanser 'Undifferencated Spindle Sarcoma Cell'. Ia sejenis kanser yang jarang berlaku pada manusia.
Tiada pilihan lain, tangannya dipotong dan menjadi cacat kekal ketika Scarlette berumur 10 bulan. Ibu bapa tersebut menerima dengan tangan terbuka apa yang menimpa pada anaknya itu. Dalam beberapa bulan kemudian, ibu bapa Scarlette terbaca mengenai kucing bernama Doc. Beliau cuba menjejaki kucing tersebut dan telah menjumpainya di Kampus Haiwan tersebut dan berminat untuk memilikinya.
Doc dan Scarlette mempunyai nasib yang sama, katanya. Doc sudah menjadi sebahagian dari keluarga ini dan akan sentiasa bersama sampai bila-bila. Kebahagian keluarga ini hanyalah terletak pada keistimewaan yang dimiliki 2 harta yang tidak ternilai iaitu Scarlette dan Doc.
No comments
Post a Comment