Menara KL118 Pengganti KLCC
Dalam masa 4 tahun akan datang, Menara Berkembar Petronas (KLCC) akan digantikan dengan mercu tanda Malaysia baharu menjelang tahun 2020 nanti iaitu Menara KL118. Pada ketika ini, menara KLCC merupakan iconic negara dan merupakan menara tertinggi di Malaysia dan juga menara keempat tertinggi dunia.
Merana berketinggian 118 tingkat ini adalah milik Syarikat Permodalan Nasional (PNB), selaku ketua projek pembangunan megastruktur di Kuala Lumpur. Jika menara ini siap menjelang tahun 2020, ia akan menjadi antara 10 menara tertinggi di dunia pada ketika itu.
Bangunan ini telah direka oleh arkitek dari Australia, iaitu Australia Fender Katsalidis. Kos pembinaan ini masih dirahsiakan dan boleh dijangkakan ianya berbillion ringgit Malaysia. KL118 adalah sebahagian daripada kompleks yang lebih besar pembangunan dikenali sebagai Warisan Merdeka, yang akan menampilkan empat menara kediaman dan pusat membeli-belah.
1 comment
wow
Post a Comment