Sg Dua Char Koay Teow Puncak Jalil - Terowong Informasi

Breaking News

Sg Dua Char Koay Teow Puncak Jalil

Sg Dua Char Koay Teow Puncak Jalil

Char Koay Teow Sg Dua memang cukup popular di utara tanah air kerana keenakkan Char Koay Teow ini sukar digambarkan apabila Koay Teow masuk ke dalam mulut. Bro berkesempatan singgah makan ke Restoran Char Koay Teow Sg Dua cawangan Puncak Jalil ini. Setahu Bro, restoran ini sudah 1 tahun beroperasi di sini tetapi baru hari ini Bro sempat merasa.

Sg Dua Char Koay Teow Puncak Jalil


Apa komen Bro mengenai restoran ini, Char Kuay Teow Sg Dua ini memang menarik dan ternyata sedap dengan orang katakan selama ini. Kuah yang pekat dan bahan di dalam Koay Teow ini yang banyak membuatkan ianya sedap. Tengok, sampai tumpah Bro makan. Nak lagi sedap, letak cili jeruk banyak-banyak. Memang terangkat. Harganya cukup berbaloi dengan apa yang dihidangkan.

Harga

Saiz Kecil = RM5.00 sepinggan
Saiz Besar = RM6.00 sepinggan
Special      = RM6.50 sepinggan

Saiz dan kuantiti Udang yang ada di dalam Char Koay Teow ini agak memuaskan dan kena dengan harga yang ditawarkan. Lagi satu, Bro nak cadangkan satu minuman yang wajib anda rasa, iaitu Teh Ais atau Teh tarik di sini, memang super marvelous. Sedap memang tidak terkata, kalah kedai mamak punya air Teh Tarik. Tidak percaya, cubalah.

Sg Dua Char Koay Teow Puncak Jalil

Selain menu utama Char Koay Teow, restoran ini ada menyediakan menu Nasi Kak Wok yang popular di Kelantan. Anda boleh dapatkan Nasi Kak Wok ini dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam. Ramai respond yang mengatakan ianya sedap. 


Jadi, kepada peminat Char Koay Tiow Sg Dua ini yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, bolehlah anda mengunjung cawangan restoran ini di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor. Tidak perlulah sampai ke Pulau Pinang untuk merasa menu terbaik Char Koay Teow ini.

Makluman : Segala artikel ditulis di atas ini adalah tidak dibayar oleh pemilik restoran ini. Review ini adalah keikhlasan hati sahaja. Harap maklum.

Alamat Restoran :




Sg Dua Char Koay Teow Puncak Jalil

N
o 42 Jalan PUJ 3/4,
Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan

Tel : 012-483 0010
Waktu Operasi : 8.00am - 12.00 tengah malam
Tutup : Rabu sahaja

No comments