Air Coca Cola Boleh Dijadikan Pemadam Api - Terowong Informasi

Breaking News

Air Coca Cola Boleh Dijadikan Pemadam Api



Air berkabonat, Coca Cola merupakan minuman bergas popular di dunia. Air Coca Cola ini mudah didapati di mana-mana dengan harga yang agak murah. Ramai yang sudah tahu, air Coca Cola boleh dijadikan sebagai pencuci mangkuk tandas dan sebagainya tetapi Air Cola Cola juga boleh dijadikan pemadam api bila kecemasan.

Pasti ramai yang tidak tahu akan kebolehan air berkabonat ini mampu memadamkan api. Tapi anda perlu ingat, tidak semua kebakaran yang boleh dipadamkan dengan menggunakan air Coca Cola ini. Contoh seperti kebakaran dari sumber minyak dan elektrik, ianya tidak boleh digunakan dengan cara seperti ini. Kebakaran seperti ini memerlukan foam / dry powder. Jika kebakaran pada enjin kenderaan anda atau kebakaran kecil, bolehlah menggunakan air Coca Cola yang telah digoncangkan terlebih dahulu.

Sumber ilmu ini Bro dapat dari anggota Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Beliau yang kongsikan tips seperti ini. Jadi, bolehlah anda standby 1 botol Coca Cola untuk ke mana-mana sahaja. Jangan anda minum sampai habis sudah. Boleh potong kaki nanti. Selamat mencuba.

No comments