Isu Cangkul Sangat Sensitif Di Malaysia Sekarang
Sejak berita kematian gadis yang di rogol dan dibunuh di Indonesia, isu cangkul sangat sensitif di laman sosial ketika ini. Bila ada yang cuba melawak dengan menggunakan gambar cangkul, pasti akan adanya komen netizen membidas lawak tersebut. Mungkin juga artikel bro ini akan ada juga yang membidas kerana isu cangkul.
Apa yang menyebabkan isu cangkul sangat sensitif adalah bermulanya kejadian pembunuhan yang amat kejam di Indonesia di mana mangsa di bunuh dengan menyula dengan batang cangkul sehingga ke dada mangsa. Memang diakui, ia sangat kejam dan sama taraf dengan orang zaman jahiliyah dahulu. Page Amran Fans semalam ada memuatnaik gambar screenshot aplikasi WeChat yang kononya beliau ingin berkenalan dengan seorang anak gadis. Bila tunjuk gambar cangkul, terus anak gadis tersebut membalas komen WeChat beliau. Walaupun ia gambar bukan sebenar, ia menunjukkan perkara yang perlu kita jaga-jaga terutama ibu bapa.
Berapa ramaikah ibu bapa berani memeriksa telefon anak-anak mereka? Adakah ibu bapa sekarang percaya 100% kepada anak mereka? Kenyataan ini bukan bro hendak mengata kepada ibu bapa di luar sana tetapi untuk diri sendiri juga. Zaman penuh teknologi cukup mencabar bagi ibu bapa di luar sana. Kita sendiri sukar mengawal anak-anak kita kerana mungkin mereka lebih bijak seperti kita masa muda-muda dahulu. Zaman muda dahulu pasti kita pernah buat 'kerja' nakal dan mustahil tidak pernah. Tahukah anda, aplikasi WeChat merupakan aplikasi paling mudah untuk dapat khidmat pelacur dengan cuma cari pada "Look Around" dan shake sahaja.
Bebalik isu cangkul tadi, mungkin isu cangkul akan reda dalam masa beberapa minggu lagi. Isu cangkul lebih penting sekrang daripada keselamatan anak-anak. Sepatutnya, kejadian yang menimpa di Indonesia terbabit perlu diambil iktibar kepada semua masyarakat bahawa perlu lebih awasi anak anda sendiri. Tidak perlu sibuk mengata anak orang lain tetapi anak sendiri entah ke mana.
No comments
Post a Comment