Penjenayah Siber Boleh Curi Data Melalui Gambar Simbol Peace
Kita selalu bergambar, pasti akan membuat simbol "peace" seperti dalam gambar di atas. Kerana kalau buat seperti itu, keyakinan mula datang dan perasaan malu mula hilang. Tetapi zaman sekarang, posing "DAB" menjadi kegilaan remaja.
Tahukah anda, dengan mengambil gambar sambil menunjukkan simbol "V" atau "Peace", ia boleh mengundang bahaya jika penjenayah siber ingin mencuri data peribadi anda melalui gambar tersebut. Menurut Prof dari Japan Institute, Prof Isao Echizen, dengan menunjukkan simbol "peace", anda sebenarnya mendedahkan cap jari anda sendiri.
Bila mendengar akan informasi ini, macam tidak logik tetapi Professor ini berkata, tidak mustahil dengan teknologi masa kini dengan kualiti imej yang semakin baik, ia boleh mencerap cap jari tersebut. Prof Isao Echizen telah melakukan ujikaji sendiri dan berjaya mengambil cap jari daripada imej sejauh 3 meter! Seram tak?
No comments
Post a Comment