Shellout Bacang Corner Warung Che Nad Memang Padu
Baru-baru ini, Bro ada singgah makan di Bacang Corner Che Nad di Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Dekat sini, menu paling padu adalah Shellout dia. Harga di sini amat berpatutkan dan boleh dinikmati oleh semua bangsa.
Bro dah cuba 2 kali shellout dia dan memang berpuas hati atas keenakan masakan yang dibuat oleh mereka. Bacang Corner Warung Che Nad pernah menjadi viral sekitar 2015 di laman sosial dan pada masa itu, bro tertanya-tanya, di mana lokasinya. Lokasinya amat mudah. Bila tanya penduduk di Kota Masai, sebut sahaja pasar kota masai, di situ lah lokasinya tetapi kini pasarnya sudah tiada. Hanya beberapa kedai biasa sahaja yang beroperasi di situ.
Kebersihan lokasi ini terjaga dan selesa bila menjamu selera. Tempat letak kereta juga banyak dan tidak perlu dirisaukan. Di Bacang Corner Warung Che Nad menyediakan beberapa set shellout untuk anda pilih. Set diantaranya adalah set RM20, Set RM50 dan Set RM100. Bro telah mencuba set RM50 dan set RM100. Set-set ini sesuai bagi mereka makan lebih 3 orang. Jangan risau, nasi disediakan adalah UNLIMITED**!! Kepada yang nak meraikan sambutan hari jadi kepada insan tersayang juga boleh. Terdapat pakej yang mereka sediakan.
Jadi, kepada yang gemarkan shellout dan duduk di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang, bolehlah mencuba shellout di sini. Memang bro boleh kata, PADU BEB!!
Alamat Lokasi :
Bacang Corner Warung Che Nad
Foodcourt Arena Masai Mart,
Jalan Bacang 39, Taman Kota Masai,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Nota : Review ini adalah bukan dibayar. Bro makan bro komen.
2 comments
murahnya makan kat sini, paling rendah RM20.. mmg makan sakanlah..
murah pastu sedap bro..
Post a Comment