12 Rahsia Bagi Makanan Tahan Lama - Terowong Informasi

Breaking News

12 Rahsia Bagi Makanan Tahan Lama

12 Rahsia Bagi Makanan Tahan Lama

Kesibukan para ibu bapa yang bekerjaya untuk menguruskan rumah tangga adalah perkara biasa dilihat sekarang ini. Bila membeli barang keperluan dapur seperti sayur, ikan, ayam dan sebagainya, kita pasti akan simpan terus ke dalam peti sejuk dengan plastik yang diberi oleh kedai. Bila dalam masa 2-3 hari, mula kelihatan sayur atau ikan yang dibeli beberapa hari tersebut sudah mula busuk dan layu. Ia pasti membuatkan kita rasa kerugian sebab ia belum digunakan lagi. Bagaimana nak mahukan ia dikekal bertahan lama? Ada tipsnya, sila lihat 12 Rahsia Bagi Makanan Tahan Lama di bawah ini :


  • Guna beg kertas untuk simpan sayur dan buah

Untuk mengekalkan kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan, simpan di dalam beg kertas (warna coklat) terlebih dahulu sebelum diletakkan dalam peti ais. Elak dari menggunakan pembalut plastik kerana ia mudah membuatkan sayur dan buah-buahan anda melecur teruk.

  • Asingkan tempat simpanan sayur dan buah
Anda juga perlu mengasingkan penyimpanan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mengelakkan ia cepat rosak. Ini berikutan buah-buahan mengeluarkan gas ethelyne yang menjadi punca kerosakan sayur-sayuran dalam peti ais.


  • Telur cepat rosak
 Tidak mahu telur cepat rosak adalah meletakkan ia bersama-sama bekas sarang itu. Malah, telur juga tidak sesuai diletakkan di pintu peti sejuk seperti diamalkan sekarang sebaliknya ia perlu disimpan di kawasan tengah kerana suhu lebih sejuk berbanding pintu yang merupakan tempat terpanas,


  • Maksimumkan rasa manis udang
Cuci udang hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat.


  • Mengekalkan kesegaran ikan

Susun ikan dalam bekas dan isikan air dalam bekas sama hingga menutupi ikan. Simpan bekas dalam peti sejuk, bukan di peti beku. Ikan akan kekal segar walaupun selepas beberapa hari. Boleh juga jika di simpan dalam peti beku, tetapi pastikan ikan disusun setiap seekor berasingan atau beberapa ekor ikan untuk sekali masak dalam satu plastik yang sama. Isi plastik dengan air hingga menutupi ikan.


  • Kelapa parut tidak masam
Gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam. Kemudian kukus kelapa tersebut. Ini dapat mengelakkan kelapa parut daripada masam.


  • Santan tahan lama
Masukkan garam kasar dalam santan dan kacau rata. Kemudian simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Boleh juga simpan santan dalam plastik bersih dan berikat dalam peti beku tanpa garam.


  • Elakkan beras daripada bubuk atau kutu beras
Lakukan antara pilihan berikut. Masukkan bawang putih yang tidak dikopek, daun limau, daun nangka atau 6 tangkai lada kering bersama beras dalam tempat simpanan.


  • Bawang kisar atau lada kisar tahan lama
Kisar lada atau bawang dengan minyak dan bukan dengan air. Bagi lada kering, pastikan bijinya dibuang terlebih dahulu. Simpan di peti sejuk dalam bekas kedap udara.

  • Cili/lada tahan lama
Kalau beli lada. Pindah masuk ke dalam bekas dan simpan dalam peti tanpa buang tangkai. Lada tanpa tangkai memang cepat buruk. Sentiasa pantau stok lada anda. Buang mana-mana lada yang buruk dan gunakan segera lada yang sudah tercabut tangkai.

  • Kekalkan nutrisi madu
 Madu perlu disimpan di suhu bilik kerana penyimpanan di dalam peti sejuk akan merosakkan kualiti nutriennya.


  • Tomato lebih segar
Tomato rupa-rupanya lebih tahan di luar peti sejuk. Tapi bergantung kepada jenis tomata.Ada tomato yang bujur sedikit dan ada yang bulat dan mencerut ke dalam di tangkainya. Tomato jenis bulat dan mencerut ke dalam tangkai lebih tahan lama.

No comments