Rasa Burger Syok McDonald Yang Sebenar
Burger Syok dari McDonald merupakan produk makanan baru di McDonald. Semalam. Bro berkesempatan merasa burger ini dan rasanya akan diberitahu sebentar lagi. Dengan Harga RM14.99 ini boleh dikatakan agak mahal. Adakah ia berbaloi untuk mencuba?
Burger Syok ini sebenarnya sama sahaja seperti burger lain di McDonald tetapi ia ada kelainan yang amat sangat. Inti burger ini adalah daging ayam yang agak "Crunchy" sedikit tetapi burger ini terasa MASAM!! Betul, burger ini bila masuk ke mulut anda, ia akan terasa masam seperti rasa jus/daun limau purut.. Jika anda tidak suka makan benda masam, baik jangan mencubanya. Bro boleh bagi 3/5 bintang dari hasil percubaan makan Burger Syok ni. Ramai yang memberi komen mengenai Burger ini kurang sedap kerana ia kurang pedas. Jika kaki pedas, memang tidak berbaloi beli burger ini.
Disamping Bro rasa Burger ini, ada satu yang memikat hati iaitu McFlury Durian D24 yang berharga RM8.00 setiap satu.. Rasanya sangat sedap dan berpuas hati. Jadi, kepada yang ingin mencuba produk terbaru dari McDonald ini, bolehlah mencubanya yer..
No comments
Post a Comment