AlHaji Kamara Dikaitkan Dengan JDT - Terowong Informasi

Breaking News

AlHaji Kamara Dikaitkan Dengan JDT

Alhaji Kamara Dikaitkan Dengan JDT

Sebelum ini, Bro ada meramalkan Patricio Julián Rodríguez akan berhijrah ke pasukan JDT pada jendela perpindahan pemain pada jun ini tetapi ada lagi berita yang amat menarik untuk didengar. Ada yang mengaitkan pemain dari Sierra Leonean, Alhaji Kamara akan menyertai JDT.


Ia berikutan status pada Facebook beliau yang berada di salah sebuah restoran di Kota Tinggi, Johor.
Spekulasi ini kerana, JDT akan menggantikan tempat Luciano Figueroa dalam bahagian jentera serangan. Pihak Johor Southern Tiger ada memaklumkan akan berbelanja besar untuk mendapat pemain berstatus bintang untuk memperkuatkan pasukan JDT.

Alhaji Kamara JDT

Pasa tahun 2015, Alhaji Kamara menyertai JDT secara pinjaman untuk menggantikan Luciano Figueroa buat sementara namun pihak pengurusan tidak mahu meneruskan pembelian tetap setelah beliau gagal mempamerkan persembahan yang menyerlah. Walaupun beliau tidak menyerlah di liga Malaysia, beliau kembali mendapat sentuhan apabila kembali ke kelab asal beliau, Ifk Norrköping dengan 48 penampilan 21 gol.

Jadi, adalah Alhaji Kamara datang ke Johor untuk berjumpa dengan pengurusan JDT atau jumpa sahabat beliau yang ada di sini? Kita nantikan pengumuman dari pihak Johor Southern Tiger.

Nota : Untuk melihat status Facebook Alhaji Kamara melalui mobile anda, sila set web browser anda sebagai Dekstop View. 

No comments