Senarai Pusat Membeli Belah Di Johor Bahru Bakal Dibuka - Terowong Informasi

Breaking News

Senarai Pusat Membeli Belah Di Johor Bahru Bakal Dibuka

Pusat Membeli Belah Johor Bahru

Johor Bahru, ibu negeri Johor Darul Takzim diantara pemacu ekonomi negara. Negeri yang terkenal dengan kelab bola sepak mereka iaitu Johor Darul Takzim ini semakin lama semakin maju apa yang dilihat. Bro sendiri anak kelahiran negeri Johor kagum hasil pembangunan pesat ini setelah lama merantau di negeri orang. Pusat membeli belah semakin banyak di buka dan pusat membeli belah di sini sudah sentanding di Kuala Lumpur.

MidValley Southkey Megamall, Jln Bakar Batu, JB

Mari kita lihat senarai pusat membeli belah yang bakal di buka pada tahun 2019. Ramai yang tidak sabar. 2 diantaranya menjadi tumpuan. Berikut adalah senarainya :

1) Capital 21 Shopping Mall, Tampoi
- 1st shopping mall di Malaysia yang ada tema bandar-bandar utama dunia di setiap floor ala Terminal 21 Mall di Bangkok
- World Museum bakal dibuka disini
- Capital 21 ni sederet Kilang Bateri je
- Ada international indoor theme park dan entertainment centre 

2) MidValley Southkey Megamall, Jln Bakar Batu
- Bakal jadi shopping mall terbesar di Selatan Malaysia, lebih besar dari Paradigm Mall JB
- Ada SOGO, Exhibition Center & banyak F&B baru bakal dibuka di sini
- Adik kepada MidValley KL
Selain tu, ada beberapa mall lagi bakal dibuka di Johor Bahru dan Iskandar Puteri. Ia adalah :
1) Princess Quay @ R&F Princess Cove, JB
- Mall berkonsep terbuka seperti di JPO, lebih moden
- Dekat dengan Opera House
- Ada pejalan kaki berbumbung dari mall ini ke JB Sentral

2) IKANO Tebrau Shopping Centre (sebelah IKEA Tebrau), Desa Tebrau, JB

3) Country Garden Mall @ Danga Bay, JB

- Pihak country garden tengah nego dengan company besar untuk mereka ambil alih mall ni

4) Stellar Walk, Helios Cove, Permas Jaya, JB- Ada international edutainment centre untuk kanak2 belajar & bermain mengenai alam pekerjaan

5) Mydin Mall, Mutiara Rini, Skudai, JB
- Mydin terbesar di Johor

6) Sunway Big Box Village, Sunway Iskandar, Iskandar Puteri
- Mall berkonsep Cube dan ada Extreme Park sebelah mall ni

7) UMCity Mall, Iskandar Puteri 
- Mall ni terletak di sebelah tasik buatan di Medini

8) D'Pristine Lifestyle Mall, Iskandar Puteri

- Ada new theme park bakal dibuka berkaitan Science Fiction
- Dekat dengan Legoland Malaysia

No comments