Cara Mengatasi Leaking Pada Puting Susu Avent - Terowong Informasi

Breaking News

Cara Mengatasi Leaking Pada Puting Susu Avent

Botol Susu Avent, Philips Avent

Di sini, pasti ada ibu bapa yang menggunakan botol susu berjenama Philips Avent. Botol susu ini bukannya murah tetapi agak mahal berbanding dengan jenama botol lain iaitu harganya lebih kurang RM37.00 sebotol. Walaupun ia mahal sedikit, ibu bapa di luar sana pasti akan beli botol susu yang berkualiti untuk anak-anak agar ia tahan lama, tidak bocor dan tidak mudah retak.

Akan tetapi, anda pasti akan mengalami satu masalah apabila menggunakan botol jenama Philips Avent ini iaitu masalah leaking pada puting tersebut. Pada minggu pertama guna, puting Avent tersebut tidak mendatangkan masalah tetapi ia akan muncul bila minggu kedua anda guna. Leaking tersebut akan berlaku di celah kepala penutup susu tersebut. Adjust macam mana sekalipun, ia akan mengalir juga. Bagaimana cara mengatasi leaking ini? Caranya mudah sangat iaitu :


  • Panaskan air ke dalam periuk dan rebus puting yang bermasalah itu
  • Masukan sekali dengan kepala penutup susu
  • Rebus selama 15 - 20 minit.
  • Setelah mencapai masa tersebut, biarkan sehingga air itu sejuk
  • Bersihkan sedikit kotoran / kerak susu yang berada di celah2 puting dan bilas
  • Pasang kembali puting bersama dengan penutup botol tersebut.
  • Siap !! Insyaallah puting tersebut tidak leaking lagi
Puting Susu Avent

Tips ini Bro sudah mencubanya dan ianya menjadi. Jika tidak sebelum ini, setiap 2 minggu kena tukar puting baru. Masalah leaking pada puting Avent tersebut adalah berpunca dari kerak susu yang melekat pada celah lubang airflow / valve tersebut. Akibat kerak susu tersebut tebal, ia menjadi punca utamanya.

Nota : Anda disarankan tukar puting botol setiap 3 bulan sekali. Puting susu mempunyai expired semasa penggunaannya.

No comments