Suzi Asam Pedas Claypot Puncak Jalil - Terowong Informasi

Breaking News

Suzi Asam Pedas Claypot Puncak Jalil

Suzi Asam Pedas Claypot Puncak Jalil, Asam Pedas Power

Bagi penggemar asam pedas, terdapat satu 'port' baik untuk anda singgah untuk menikmati asam pedas claypot. Anda tidak perlu ke Melaka untuk menikmati asam pedas clayport ini kerana di Restoran Suzi Asam Pedas Claypot ia sudah memadai.

Suzi Asam Pedas Claypot Puncak Jalil, Asam Pedas Power

Restoran yang terletak di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor ini baru beroperasi dalam seminggu dan Bro sudah menguji dan merasai masakan yang special di sini. Susunan meja di dalam premis ini amat kemas, teratur dan nyaman dengan pendaha dingin di dalamnya. Sebelum Bro menceritakan apa yang menarik di Restoran Suzi Asam Pedas Claypot ini, Bro review kedai ini tanpa diketahui oleh pemilik restoran ini. Jadi, pada hari ini Bro sudah menikmati 2 kali dalam masa 1 hari iaitu semasa makan tengah hari dan satu lagi untuk makan malam.


Antara menu-menu yang menarik di sini sudah semestinya asam pedas. Pelbagai jenis ikan yang anda boleh pilih untuk menu asam pedas diantaranya :


  • Ikan Pari
  • Ikan Mayong
  • Ikan Merah
  • Ikan Sembilang
  • Ikan Kembong
  • Seafood
  • Daging Tetel
  • Ayam

Suzi Asam Pedas Claypot Puncak Jalil, Asam Pedas Power

Asam pedas di sini agak pedas. Jika anda tidak tahan pedas, kicap pekat ada disediakan untuk mengurangkan rasa pedas tersebut. Sudah nama asam pedas, pastilah ia pedas bukan. Kuahnya pekat dan secukup rasa diikuti isi ikan yang besar untuk untuk satu hidangan yang lengkap. Anda tidak suka asam pedas? Jangan risau, di sini ada juga menyediakan menu lain dan pasti kena dengan citarasa anda. Menu lain adalah :


  • Masak Lemak Cili Api Claypot
    - Ikan Tenggiri
    - Ikan Kembong
    - Seafood
    - Daging Tetel
    - Ayam
  • Gulai Tanjung Dawai (Utara Mai)
    - Ikan Sembilang
    - Ikan Tenggiri
    - Daging Tetel
Suzi Asam Pedas Claypot Puncak Jalil, Menu Asam Pedas

Nampak menarik bukan antara menu-menunya. Harga di Restoran Suzi Asam Pedas Claypot ini masih berpatutan dan mereka menyediakan hidangan set serendah RM9.90 sahaja*. Antara pakej yang anda dapat untuk hidangan set adalah

Suzi Asam Pedas Claypot Puncak Jalil, Asam Pedas Power

  • 1x mangkuk nasi
  • Salad dan timum
  • Satu sudu sambal belacan
  • Separuh Telur Masin
  • Air Sirap Ais / Teh O Ais (Boleh pilih)
Sudah terliur melihat gambar-gambar di dalam blog ini? Apa lagi, boleh terjah terus ke Restoran Suzi Asam Pedas Claypot. Matlumat lanjut mengenai restoran ini, boleh hubungi atau pergi ke alamat yang berikut :

Suzi Asam Pedas Claypot

157-G Jalan PUJ 3/9, Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan, Selangor

Tel : 03-8999 6995      |   Facebook : Suzi Asam Pedas Claypot


4 comments

Hans Hanis said...

wah
restoran pun nampak cantik
harga pun murah
nak try lah nanti

Anonymous said...

Alhamdulillah terima kasih di atas perkongsian dari pihak tuan tanah...
Sedikit sebanyak membantu memperkenalkan restoran kami...

Terowong Informasi said...

sama-sama.

Terowong Informasi said...

Hans, cubalah.. mmg berpeluh makan. berpeluh bukan sebab apa, sedap asam pedas kat sini