Kinder Joy : Benda Yang Digeruni Ibu Bapa
Sebut sahaja Kinder Joy yang berbentuk telur, ia sudah membayangkan ia satu benda digeruni terutama ibu bapa. Ia bukan disebabkan bahaya atau tidak tetapi harganya cukup mahal sehinggakan anda boleh membeli 2 paket minyak masak dalam satu masa.
Kinder Joy ini mudah didapati di kedai runcit, pasaraya besar dan pasaraya mini. Lokasinya yang mereka (peniaga) letak sangat strategik iaitu dibahagian kaunter pembayaran. Kami, ibu bapa ketika ingin membuat pembayaran dan ternampak kelibat Kinder Joy ini, pasti kami, ibu bapa akan mengelak dan cari kaunter yang tiada penjualan Kinder Joy tersebut(jika ada).
Harga Kinder Joy boleh dikatakan tidak menentu bergantung pada lokasi tersebut dan ia boleh mencecah RM5.00 setiap satu. Sekali sekali ingin membeli Kinder Joy untuk anak-anak tiada masalah tetapi jika kita kerap ke pasaraya seperti seminggu sekali, pasti ia akan lari budget anda untuk membeli barang keperluan. Bayangkan jika anak anda ada 4 orang dan semuanya mahukan Kinder Joy, ia pasti membuat anda telan air liur untuk membayarnya.
Jadi, kepada pemilik pasaraya, kedai runcit atau segala kedai diminta tidak letak di lokasi tumpuan terutama di kaunter. Ia membuat anak-anak kami 'tantrum' dengan hebatnya di depan kaunter nanti. Jika anda mahu pujuk mereka tidak mengapa juga tetapi kami ibu bapa terpaksa mententeramkan mereka. Ibu bapa diluar sana pasti bersetuju jika Kinder Joy diletakkan tempat yang lain kecuali di kaunter untuk mengelakkan perkara yang diterangkan berulang.
No comments
Post a Comment