MH370 : 4 Tahun Sudah Berlalu
Tanggal 8 March 2018, genaplah 4 tahun kes kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airline MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal selepas berlepas dari KLIA ke Beijing, China. Kes kehilangan ini memberi impak besar dalam dunia penerbangan dan menjadi misteri atas kehilangan pesawat yang tiada noktahnya.
Pelbagai anggapan dan cerita yang dikeluarkan oleh nitezen semasa kehilangan pesawat penerbangan ini. Yang menjadi misteri kes ini adalah, kita tidak jumpa langsung mangsa tetapi serpihan pesawat itu sudah dijumpai tetapi di perairan Afrika. Sebelum kehilangan pesawat MH370 tersebut, ia dikatakan telah dilencongkan ke lokasi lain yang sepatutnya terus ke China.
Semalam, ahli keluarga mangsa nahas MH370 menghadiri Majlis Memperingati Pesawat MH370 yang merupakan tahun ke 4 di Kuala Lumpur yang turut dihadiri waris mangsa dari India dan China.
Mari kita saksikan flashback dibawah mengenai kes kehilangan pesawat MH370 :
No comments
Post a Comment