Mios Kitchen Bandar Kinrara - Terowong Informasi

Breaking News

Mios Kitchen Bandar Kinrara

Mios Kitchen Bandar Kinrara, Mios Kitchen

Sudah lama bro tidak review tempat makan yang sedap dan most recommended. Kali ini berkesempatan menulis satu lokasi makanan yang tidak asing bagi penduduk Bandar Kinrara iaitu Restaurant Mios Kitchen. Mios Kitchen Bandar Kinrara ini mempunyai 2 tempat lokasi yang berbeza iaitu di Medan Selera Bandar Kinrara BK4 dan lokasi terbaru di Mios Kitchen Bandar Kinrara BK5 yang berhadapan dengan Masjid Bandar Kinrara.

Mios Kitchen Bandar Kinrara, Mios Kitchen BK5

Bagi yang mementingkan lokasi yang selesa dan ala hipster, bolehlah ke lokasi BK5 kerana ia adalah cawangan terbaru dan berada di dalam kedai berbanding sebelum ini, medan selera. Berbalik pada makanan, apa yang Bro boleh katakan "Killer menu" di sini?

Spagetti Aglio Olio, Mios Kicthen

"Killer menu" yang boleh boleh katakan mengikut anak tekak ini, Spagetti Oglio Olio antara menu killer dimaksudkan. Rasa dan teksturnya amat sedap sekali dan ini adalah benda pertama Bro rasa berbanding Chicken Chop dan lain-lain.

Mios Kitchen Set Combo Adiwira, Mios Kitchen

Mios Kitchen menawarkan pelbagai makanan barat dan potion mereka berikan agak besar. Mios Kitchen ada menyediakan menu Combo bagi yang ingin berjimat dan makan bersama mengikut budget anda. Bro selalu memesan Set Combo Captain Amerika. 

Mios KitchenMios Kitchen

Dalam set ini terdapat Spegetti Seafood Aglio Olio, 2x Grill Chicken Chop, Meatball And Mash Potato dan Fries and Garden Salad. Dalam set menu combo ini menggunakan nama Superhero iaitu Captain Amerika, Cat Girl, Ironman, Avengers dan Hulk. Pilih antara set combo ini mengikut Citarasa anda.

Selain apa yang Bro senaraikan, terdapat juga makanan yang disediakan antaranya :

  • Pizza
  • Set Ayam Penyek
  • Sup Mushroom + Garlic Bread
  • Nachos
  • Lamb Chop
  • Chicken Chop
  • Aneka Kek
  • Aneka minuman

Pada penilaian yang Bro boleh berikan, terdapat sedikit Pro and Con pada servis yang mereka berikan tetapi ia masih boleh diperbaiki lagi. Antaranya penilaiannya adalah :

Pro
  • Set Menu yang besar dan banyak
  • Rasa Spagetti Seafoof Aglio Olio yang awesome
  • Sos Chicken Chop yang enak dan secukup rasa
  • Garden Salad yang rangup dan tidak lembik
  • Kebersihan kedai yang baik
Con
  • Lambat mendapat pesanan (Lokasi BK5)
  • Segelintir crew tidak alert ada pelanggan masuk dan untuk mengambil pesanan (Lokasi BK5)
  • Garlic Bread terlalu kering (perlu diperbaiki)
Ini adalah antara Bro nampak pada jumaat lepas sewaktu ke lokasi ini. Mungkin pada ketika itu pengunjung terlalu ramai. Perlu ada penambahbaikan. Apa yang dijelaskan ini bukan untuk mengkritik tetapi untuk rujukan supaya servis mereka dipertingkatkan. Bab lambat mendapat pesanan, Bro cadangkan guna button pesanan dan bill elektronik seperti di Pizza Hut yang lebih effisyen dan cepat.

Kepada yang ingin mencuba kelazatan menu-menu di sini, bolehlah ke beberapa cawangan Mios Kitchen yang tertera di bawah ini :

1) Mios Kitchen Matahari Mall
    No 18, Jalan PJS 2/3,
    Taman Maju Jaya,
    46000 Petaling Jaya, Selangor

2) Mios Kitchen Shah Alam
    No 13-G,
    Jalan Tukul N 15/N,
    40200 Shah Alam, Selangor

3) Mios Kitchen Bandar Kinrara
    No 1, Medan Selera Bandar Kinrara 4,
    47100 Puchong, Selangor

4) Mios Kitchen Bandar Kinrara
    Berhadapan dengan Masjid Al Ehsan BK5

5) Mios Kitchen Klang Parade
    Food Court Klang Parade
    41050 Klang, Selangor

6) Mios Kitchen Star Avenue Lifestyle Mall
    No 15, No 16, Food Court, 
    Star Avenue Lifestyle Mall,
    Seksyen U5, 
    40150 Shah Alam, Selangor



2 comments

Hans Hanis said...

wah
macam best juga tempat nih

Terowong Informasi said...

boleh cuma dan nikmati.. Bro suka ke sini sebab menunya..